Crunchy Munchy




maafkan aku :)
Wednesday, January 9, 2013

Sesungguhnya, ikatan yang dibina di atas nama Allah. Tuhan yang menggenggam segala jiwa makhluk-Nya. Kita akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian semata- mata untuk Allah melihat adakah ikatan itu dibina atas nama Dia atau di atas kepentingan diri atau makhluk-Nya.

Tidaklah seorang manusia itu sempurna dan tidaklah pula ia dapat memuaskan hati seluruh makhluk yang berada disekelilingnya. Itu tanda kebesaran Allah, tanda Kebesaran dan sifat kesempurnaan-Nya tidak dapat di atasi oleh mana-mana makhluk yang dimiliki-Nya.

Kadang-kadang , kita terkedu, terduduk seketika apabila tindakan kita disalah ertikan oleh orang di sekeliling. Kita mempunyai alasan bertindak demikian. Alasan yang mungkin sukar untuk diluahkan, namun itu adalah untuk kebaikan semua, demi persahabatan itu tetapi rupanya sudah ada insan yang tawar hati, meluat dan marah kerana tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Tidak pula menyelidiki. Makin menjauh...

“Sahabat.. andainya kau mengerti dan mengetahui apa sebenarnya disebalik tindakan itu, mungkin juga kau akan terduduk, menangis bersamaku." Oh... beratnya ujian persahabatan. Kadang- kadang sukar untuk menerima. Namun, kita jangan lupa dalam kesukaran menerima seseorang, mungkin dia juga sebenarnya sukar untuk menerima kita, dalam perasaan dilukai dan mungkin kita melukai dia sebelum ini, dalam rasa meluat mungkin dia juga sedang menelan rasa meluat terhadap kita.

Dalam rasa hati yang semakin tawar, mungkin juga dia sudah lama tawar hati dengan sikap kita, dalam rasa sukar memaafkan... mungkin dia juga sukar untuk memaafkan kita.

Sahabat adalah cermin. Seandainya buruk engkau menilai sahabat, sebenarnya engkau buruk dalam menilai dirimu. Seandainya kejahatan sahaja yang engkau temui pada seseorang itu.... hakikatnya engkau sedang menilai kejahatan yang ada pada dirimu.

Namun, insan itu mudah lupa dan perlu untuk diingatkan. Kadang-kadang kita tidak tersedar rupanya kita yang merosakkan persahabatan... bukan orang lain. Muhasabah diri.. Renungan buat diri dan juga buat sesiapa sahaja yang membaca pesanan ini.. Maafkanlah... kerana memaafkan itu sebenarnya membunuh dendam. Maka... ubatkanlah hatimu.


ye aku minta maaf atas segala apa yang aku buat dekat kau , BUKAN SENANG BAGI KAU UNTUK MAAFKAN AKU (!) AKU TAHU TU , TAK MUNGKIN AKU DAPAT LUPAKAN KAU SEBAGAI KAWAN AKU SEBAB ALMOST 2 YEARS WE HVE BEEN FRIEND , A LOT OF MEMORIES WE SHARED TOGETHER , SEBENCI MANA PUN KAU DEKAT AKU , AKU TAKKAN PERNAH ANGGAP KITA BUKAN KAWAN LAGI , AKU AKAN TUNGGU MAAF DARI KAU WALAU SELAMA MANA PUN. HAKIKATNYA AKU TAHU KALAU KAU DAH BENCI SESEORANG SMPAI MATI PUN KAU AKAN BENCI BUT KAWAN , AKU MANUSIA YANG TAK LEPAS DARI KESALAHAN , MAAFKAN AKU . DALAM AKU GEMBIRA , KETAWA , HATI AKU MENANGIS SEBAB KAWAN YANG PERNAH RAPAT DENGAN AKU , BENCI AKU SEUMUR HIDUP , KALAU KAU TAHU , AKU SAYANG PERSAHABATAN KITA , SEKALI LAGI MAAFKAN AKU SEBAB LUKAKAN HATI KAU

Older Post | Newer Post